Friday, April 17, 2009

PENYAKIT-PENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI LELAKI

LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.

Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.

PENYAKIT JANTUNG

Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

PUNCA PENYAKIT

Kencing manis dan darah tinggi
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.
Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.

KETURUNAN

Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.

DIET

Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.

ALKOHOL

Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.

MEROKOK

Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.

TIDAK AKTIV

Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.

Tanda-tanda penyakit :

1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah

Cara mencegahaya:

1. Lakukan senaman dengan teratur
2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.

Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.

BARAH

Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.

PUNCA PENYAKIT

Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.
Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.

Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru

1.Batuk yang tidak putus-putus
2.Batuk yang disertai darah
3.Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus

Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida. Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.

Rawatannya

Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.

Tanda-tanda penyakit Barah Darah:

1.Demam yang berulang-ulang
2.Seringkali berlaku pendarahan
3.Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
4.Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak

Tanda-tanda penyakit Barah Tengkok

1.Hidung sering berdarah
2.Keupayaan pendengaran berkurangan
3.Leher menjadi bengkak.
4.Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.

Rawatannya

Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan dengan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukimia yang tidak dapat disembuhkan.

SERI DEWI & KELUARGA, JUN 1996, M/s 111-112

Monday, April 13, 2009

Potong Kaki Untuk Selamat

AMPUTASI ialah suatu keadaan di mana sebahagian atau keseluruhan anggota unjuran (limb) seperti kaki atau tangan hilang sama ada akibat masalah kongenital, trauma atau pembedahan. Manakala istilah amputi ialah seseorang yang telah melalui proses amputasi (pemotongan).
Amputasi selalunya adalah pilihan terakhir yang disarankan oleh doktor bagi merawat keadaan yang tertentu. Ianya jarang mendapat reaksi yang positif dari pesakit.
Biasanya, kaedah amputasi ini disarankan sebagai langkah untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit sekiranya cara-cara lain sudah tidak berkesan.
Umpamanya akibat dari penyakit barah tulang, jangkitan kuman yang teruk dan kesan dari trauma di mana sesuatu bahagian kaki atau tangan itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Di Malaysia, majoriti kes-kes amputasi kaki adalah komplikasi dari penyakit kencing manis (diabetes). Sumber di Hospital Universiti Sains Malaysia menunjukkan lebih kurang 44 peratus dari pesakit terbabit adalah dari kalangan pengidap kencing manis.
Punca-punca lain yang melibatkan amputasi anggota, terutamanya kaki, adalah kemalangan jalan raya, jangkitan kuman, kecacatan kongenital, kanser otot-rangka dan penyakit vaskular yang selalunya dihidapi oleh perokok tegar dan kronik.
Data tidak rasmi menunjukkan lebih kurang lima peratus pesakit kencing manis akan berakhir dengan pemotongan kaki ataupun sebahagian dari jari-jari kaki.
Oleh itu, pesakit-pesakit kencing manis terutamanya dari kalangan yang kronik perlulah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada penjagaan dan kebersihan kaki sebagaimana anggota-anggota lain seperti mata, jantung, buah pinggang dan kulit.
Pesakit-pesakit kencing manis disarankan agar memeriksa celah-celah jari kaki dan tapak kaki sekurang-kurangnya sekali sehari iaitu sebelum waktu tidur bagi memastikan tahap kebersihan dan tiada luka atau kecederaan pada tempat-tempat yang dinyatakan tadi.
Isu-isu berkaitan
Sebelum pembedahan, doktor akan menerangkan prosedur pembedahan dan komplikasi yang mungkin berlaku supaya pesakit faham sebelum menandatangani borang kebenaran pembedahan. Tahap kesihatan pesakit juga akan diperiksa rapi terlebih dahulu.
Seseorang yang terpaksa melalui proses amputasi akan menghadapi berbagai reaksi sama ada dari segi psikologi atau fizikal.
Penerimaan seseorang amputi terhadap proses ini juga berbeza-beza, bergantung kepada umur, jantina dan tahap sosioekonomi mereka.
Tahap amputasi bergantung kepada jumlah tisu-tisu (kulit, otot, tulang) yang rosak, keperluan dan tahap kesihatan seseorang pesakit.
Amputasi bawah lutut adalah jenis amputasi yang paling lazim dilakukan kerana pemasangan prosthesis dan rehabilitasi adalah lebih mudah berbanding dengan jenis-jenis amputasi yang lain.
Jika ia dilakukan dengan baik, pesakit tidak mempunyai masalah yang besar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti harian seperti sebelum pembedahan.
Antara jenis-jenis amputasi lain yang lazim dilakukan adalah amputasi jari kaki atau jari tangan, amputasi melalui buku lali, amputasi atas lutut dan amputasi melalui sendi paha.
Amputasi di pergelangan tangan dan amputasi atas siku adalah contoh amputasi yang melibatkan anggota bahagian atas.
Pesakit-pesakit yang melalui proses amputasi perlulah menerima hakikat yang prosedur ini adalah perlu dan merupakan langkah bagi menyelamatkan nyawa atau memungkinkan mereka meneruskan hidup dengan lebih baik.
Sebagai contoh, pesakit-pesakit kencing manis yang mempunyai luka yang teruk dan kronik pada kaki mereka sukar untuk menjalani rutin hidup kerana terpaksa berulang-alik dan menghabiskan masa di hospital untuk mendapat rawatan seperti mencuci luka, antibiotik dan ubat-ubat yang lain.
Amputasi dan kaki palsu (prostesis) dapat mengurangkan kebergantungan kepada hospital, malah ianya juga dapat mengurangkan kos bagi pesakit dan hospital.
Teknologi baru membolehkan prostesis berfungsi dengan baik. Kebanyakan pesakit-pesakit yang melalui amputasi bawah lutut tidak mempunyai masalah untuk memandu kenderaan seperti kereta atau motor.
Walaupun begitu, banyak faktor-faktor yang lain yang perlu diambil kira bagi membolehkan seseorang itu menggunakan prostesis dengan baik.
Antara kriteria yang penting ialah keinginan yang kuat untuk berjalan semula dan proses rehabilitasi yang betul selepas amputasi.
Keseluruhan proses ini yang bermula dari kemasukan pesakit ke wad, pembedahan dan rehabilitasi, dan melibatkan banyak kakitangan hospital yang berlainan kepakaran.
Antaranya ialah pakar bedah otopedik, jurupulih anggota (fisioterapi), jurupulih cara kerja, juru prostetik, jururawat, pakar psikologi, pakar pemakanan dan pegawai kebajikan.
Malah, di sesetengah hospital terdapat pegawai atau pekerja sosial yang melawat dan memantau pesakit-pesakit di rumah selepas mereka dibenarkan pulang.
Bengkak
Bengkak di kawasan pemotongan (stump) selepas proses pembedahan adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian dari proses pemulihan semulajadi.
Walaupun begitu, ada juga bengkak yang disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti darah beku (hematoma) atau jangkitan kuman.
Bengkak semulajadi boleh dikurangkan dengan menggunakan balutan yang ketat untuk memberi tekanan dan juga dengan meninggikan anggota amputasi tadi dari aras jantung bagi mengurangkan pengumpulan cecair limfatik dari kawasan terbabit.
Bengkak akibat hematoma agak jarang berlaku. Saiz hematoma yang kecil selalunya tidak mendatangkan kesan sampingan tetapi ia boleh menyebabkan jangkitan kuman lebih senang terjadi kerana darah beku adalah media yang sesuai untuk pembiakan kuman.
Sekiranya hematoma berlaku, doktor akan membuat pemantauan untuk memastikan tiada jangkitan kuman pada kawasan pembedahan.
Sekiranya terdapat unsur-unsur jangkitan kuman atau sekiranya saiz hematoma agak besar, maka pembedahan pembersihan hematoma akan dibuat untuk memastikan ia tidak melambatkan proses penyembuhan ‘stump’.
Jangkitan kuman
Jangkitan kuman selepas pembedahan adalah di antara masalah yang boleh melambatkan pemasangan prostesis.
Masalah ini jarang berlaku dan anggarannya hanyalah satu peratus dari kes-kes amputasi. Antibiotik akan diberikan untuk memastikan masalah ini tidak berlaku selepas pembedahan.
Sekiranya berlaku dan apabila perlu, pembedahan susulan akan dilakukan untuk membersihkan kawasan amputasi yang dijangkiti kuman.
Rasa sakit
Selepas pembedahan, pesakit akan diberikan ubat penahan sakit yang bersesuaian untuk mengurangkan sakit akibat amputasi.
Biasanya, selepas lima atau tujuh hari, pesakit akan mendapati sakit dan bengkak akan berkurangan dan sudah tidak memerlukan ubat penahan sakit yang kuat.
Namun begitu, segelintir pesakit akan mendapati rasa sakit yang berlainan dari sakit yang sepatutnya.
Pesakit akan merasakan seolah-olah kaki mereka masih ada dan sakit yang wujud datang dari anggota itu walaupun ia sudah dipotong!
Fenomena yang dinamakan Phantom Pain ini berkait rapat dengan psikologi dan tahap keterukan anggota yang akan dipotong sebelum pembedahan.
Keadaan ini boleh dikawal dengan menggunakan ubat penahan sakit jenis kuat dan sesi kaunseling.
Malu atau kurang keyakinan
Perasaan malu, kurang keyakinan diri atau gangguan emosi yang lain kerana kehilangan anggota adalah di antara isu-isu yang perlu ditangani sebelum dan selepas pembedahan amputasi. Ini adalah keadaan normal yang dialami semua amputi.
Bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana perasaan itu akan hilang perlahan-lahan dengan sendiri. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu, bulan atau tahun.
Sekiranya perlu, pesakit boleh mendapatkan khidmat pakar psikologi untuk berbincang mengenai masalah-masalah emosi yang mungkin timbul.
Malah anda disaran untuk mendapatkan kaunseling terlebih dahulu sekiranya anda ingin mengurangkan stres sebelum menjalani pembedahan.
Sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan juga adalah faktor penting yang memainkan peranan bagi seseorang amputi itu meningkatkan semula keyakinan diri dan berfungsi dengan baik.
Para amputi juga tidak harus malu untuk meminta bantuan dari pihak hospital kerana kemudahan dan perkhidmatan yang ada adalah untuk membantu pesakit menjalani hidup yang lebih baik selepas amputasi.
Amputasi pada kanak-kanak
Amputasi pada kanak-kanak adalah isu yang agak sensitif kerana kesan dari amputasi boleh membuatkan seseorang kanak-kanak itu menjadi rendah diri dan ibubapa agak beremosi kerana beranggapan kanak-kanak tersebut akan menjadi cacat seumur hidupnya.
Sebaliknya, dengan cara pemulihan yang betul dan sokongan dari keluarga, kanak-kanak sebenarnya lebih senang untuk menerima dan menyesuaikan diri selepas amputasi berbanding dengan pesakit dewasa.
Masalah amputasi pada kanak-kanak adalah lebih berkaitan dengan tumbesaran tulang dan tisu sekeliling anggota amputi yang tidak sekata.
Kadang-kadang doktor otopedik terpaksa membuat pembedahan pemotongan tulang (refashioning) untuk mengelakkan tulang dari menonjol atau menembusi kulit.
Masalah lain yang berkaitan dengan amputasi pada kanak-kanak ialah tumbesaran anggota yang menyebabkan prostesis terpaksa di tukar beberapa kali sehinggalah tumbesaran tulang berhenti.
Pemulihan
Selepas pembedahan, pesakit disarankan agar memulakan proses pemulihan dan fisioterapi seawal yang mungkin.
Lebih awal fisioterapi dilakukan, kesannya lebih baik kerana badan akan menjadi lebih kuat dan stump lebih cepat bersedia untuk pemasangan prostesis.
Untuk peringkat permulaan, pesakit akan diajar untuk membuat regangan yang lembut dan senaman khas untuk dilakukan di atas katil.
Terapi fizikal ini adalah untuk menguatkan otot-otot ekstensor dan hamstring yang penting untuk berjalan.
Apabila keadaan pesakit sudah stabil dan semakin kuat, senaman ini akan diteruskan di pusat fisioterapi.
Pesakit kemudiannya akan di berikan temujanji untuk sesi ulangan selepas dibenarkan pulang ke rumah.
Penjagaan stump
Anggota yang kudung atau stump hendaklah dijaga dengan rapi. Ianya perlu dibersihkan seperti bahagian badan yang lain.
Selepas dilap sehingga kering, sapu krim atau losyen yang disyorkan untuk mengelakkan ia menjadi kering dan mengelupas.
Pesakit kencing manis terutamanya, hendaklah menjaga anggota ini sebagaimana menjaga kaki dahulu. Periksa stump setiap hari untuk memastikan kebersihannya dan tiada luka.
Jika stump bengkak, luka atau sakit, berhenti menggunakan anggota palsu seketika sehinggalah masalah hilang. Jika ia menjadi semakin teruk, dapatkan bantuan doktor.
Pesakit hendaklah mematuhi arahan doktor dengan mengambil ubat, merawat luka dan melakukan terapi fizikal.
Pesakit hendaklah memaklumkan kepada doktor sekiranya terdapat masalah seperti demam, bengkak, pendarahan, kesakitan dan kebas yang berpanjangan.
Pesakit juga hendaklah mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang serta bersenam kerana pertambahan berat badan akan menyebabkan saiz stump akan bertambah dan boleh mengakibatkan ketidakselesaan atau kesakitan setiap kali menggunakan prostesis.
Penjagaan prostesis
Kaki palsu atau prostesis hendaklah dijaga seperti kaki sebenar yang perlu dijaga rapi dan dibersihkan selalu. Penjagaan rapi boleh memanjangkan hayat prostesis.
Ia perlu dibersihkan selalu dengan mengelap di dalam dan di luar soket menggunakan kain lembap dan bersabun. Kemudian gunakan kain kering dan lap kesan sabun.
Jangan rendam atau basahkan prostesis kerana ia boleh merosakkannya atau menyebabkan jangkitan kulat pada bahagian dalam soket.
Sila rujuk kepada pakar prostetik jika ingin melakukan perubahan seperti menukar kasut atau jika ketinggian kaki tidak sama selepas memakai prostesis. Pesakit juga dinasihatkan agar tidak mencuba membaiki prostesis sendiri jika berlaku kerosakan.
Jumpalah pakar prostetik sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan anggota palsu sentiasa dalam keadaan baik.

*Petikan dalam ruangan Kesihatan, Utusan Malaysia
oleh Dr. Shaifuzain Ab. Rahman
Pensyarah Kanan Dan Pakar Bedan Orthopedik
Jabatan Orthopedik,
Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia.

Tumbuhan Meneutralkan Radikal Bebas

Marilah kita tarik nafas panjang… Aaaah, kan seronok mengisikan tubuh dengan oksigen yang menyara hidup? Maklumlah, setiap sel di dalam tubuh memerlukan oksigen untuk menghasilkan tenaga dan berfungsi dengan sempurna. Tetapi, berhati-hatilah kerana gas yang memelihara hidup ini boleh bertukar watak daripada rakan kepada lawan!
Pada tahun 1996, sebuah terbitan yang berjudul Oxidants, Antioxidants and Disease Prevention dikeluarkan oleh International Life Sciences Institute Europe dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam terbitan ini, penyelidik, L. Langseth melaporkan bahawa oksigen terlibat dalam tindak balas toksik dan manusia pula mempunyai mekanisme pertahanan yang kuat untuk meminimumkan kesan-kesan toksik tersebut.
Tindak balas yang menggunakan oksigen sentiasa berlaku di dalam tubuh. Apabila tubuh membakar oksigen, hasil sampingan yang dipanggil radikal bebas terbentuk. Radikal bebas ialah molekul yang kehilangan satu elektron dan justeru itu, ia tidak stabil.
Untuk menstabilkan dirinya, radikal bebas 'mencuri' elektron daripada sel tubuh, lalu merosakkan sel tersebut dan mencetuskan satu rangkaian tindakbalas di mana lebih banyak radikal bebas dibentuk.
Lama kelamaan, sel-sel tubuh dan tisu yang rosak akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit jantung, katarak, kanser, artritis dan juga penuaan pra-masa.
Namun, bukan semua radikal bebas berbahaya. Malah, sistem imun juga menghasilkan radikal bebas untuk memusnahkan bakteria dan virus penceroboh.
Tambahan lagi, sesetengah radikal bebas diperlukan untuk pembentukan hormon dan ada yang terlibat dalam pengaktifan enzim serta penghasilan tenaga dalam tubuh. Jadi, masalah hanya timbul apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas.
Persekitaran dan gaya hidup mungkin menambah radikal bebas di dalam tubuh. Bahan pencemaran seperti asap dari kenderaan dan rokok; pendedahan kepada radiasi dari matahari mahupun sinar-X; tekanan hidup dan diet yang tinggi lemak boleh menambahkan radikal bebas di dalam tubuh.
Walaupun radikal bebas mempunyai hayat yang pendek, iaitu tidak sampai sesaat pun, ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki kepada tubuh. Dan tahukah anda bahawa tubuh anda diserang oleh hampir 10 juta radikal bebas setiap hari? Jadi, anda mesti menyingkirkannya.
Menentang musuh
Mujur setiap individu mempunyai sistem pertahanan untuk menangani masalah radikal bebas. Secara semula jadi, tubuh menghasilkan antioksidan (dalam bentuk enzim antioksidan) yang meneutralkan radikal bebas dengan menyumbangkan satu daripada elektronnya.
Dengan cara ini, antioksidan menukarkan radikal bebas kepada bahan buangan tidak berbahaya yang disingkirkan dari tubuh sebelum ia dapat menimbulkan masalah.
Akan tetapi, ada kalanya tubuh memerlukan bantuan apabila terdapat terlampau banyak radikal bebas. Tambahan pula, kebolehan tubuh untuk membentuk antioksidan akan berkurangan apabila usia semakin lanjut.
Jadi, dari manakah anda boleh memperolehi antioksidan tambahan? Jawapannya sedap didengar! Makanan, khususnya makanan daripada tumbuhan.
Menggunakan kuasa tumbuhan
Antioksidan didapati secara semula jadi dan dengan banyaknya dalam buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, herba, kekacang, bijian, bunga, kulit kayu dan juga akar. Oleh itu, anda dapat menikmati pelbagai makanan tumbuhan yang menarik untuk memenuhi keperluan antioksidan.
Kita sudah biasa dengan vitamin dan mineral. Tumbuhan mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Sesetengah vitamin berfungsi sebagai antioksidan, misalnya vitamin C, beta karotena (yang bertukar kepada vitamin A dalam tubuh) dan vitamin E.
Mineral yang bertindak sebagai antioksidan merangkumi selenium, zink dan kromium. Tetapi, ramai di antara kita tidak sedar bahawa tumbuhan mengandungi banyak nutrien lain yang dikenali sebagai fitonutrien, yang sebahagian besarnya bertindak sebagai antioksidan.
Satu kumpulan fitonutrien yang menakjubkan ialah sebatian fenol (juga dipanggil polifenol), yang bertindak sebagai antioksidan kuat, di samping mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang.
Lebih daripada 4,000 jenis sebatian fenol telah dikenalpasti. Sebatian fenol didapati dalam banyak makanan termasuklah epal, oren, ubi kentang, bayam, cili, biji bunga matahari, koko dan biji kopi.
Kopi mengandungi antioksidan
Ingat kopi, ingat pula satu kajian oleh penyelidik M.Richelle dan rakan-rakannya pada tahun 2001. Kajian ini menunjukkan bahawa kopi mempunyai aktiviti antioksidan total yang lebih tinggi, berbanding dengan sumber-sumber antioksidan lain yang baik seperti teh hijau, teh hitam, teh herba dan juga koko.
Kemudian, pada tahun 2004, satu lagi kajian yang dijalankan di Norway oleh seorang penyelidik, Svilaas dan rakan-rakannya dan yang telah diterbitkan dalam Journal of Nutrition, mengesahkan bahawa kopi memang sumber antioksidan yang signifikan dalam diet kita.
Kopi amat kaya dengan asid klorogenik, iaitu sejenis antioksidan yang kuat. Dan tidak kira jenis kopi yang anda minum, antioksidan tetap diperoleh kerana kebanyakan jenis biji kopi mengandungi jumlah antioksidan yang lebih kurang sama.
Amatlah ketara bahawa antioksidan membantu memelihara kesihatan kita. Jadi, nikmatilah hasil semula jadi dari alam kita.
Makanlah buah yang segar, hayatilah salad yang lazat ataupun nikmatilah secawan kopi panas yang segar beraroma!
*Petikan ruangan kesihatan dalam Utusan Malaysia.

Sunday, April 12, 2009

Senaman Asas Kesihatan

Penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir 30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular.Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh utama diikuti dengan angin ahmar/strok( 10.0 % )

Faktor risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan angin ahmar/strok adalah :
· Gaya hidup tidak aktif atau sedentari.
· Amalan pemakanan yang tidak sihat.
· Tabiat buruk merokok.

Pada tahun 1995 hampir 95,000 orang telah dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Kadar kemasukan kes kardiovaskular adalah hampir 500 orang bagi setiap 100,000 penduduk, ini bermakna bagi setiap 1,000 orang, 5 orang akan dimasukkan ke hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular.

Penyakit diabetis juga berkait rapat dengan gaya hidup sihat yang tidak aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Prevalen penyakit diabetis di Malaysia juga telah meningkat dari 6.3 % pada tahun 1986 ke 8.2 % pada tahun 1996. Kos rawatan untuk penyakit diabetis juga semakin meningkat akibat komplikasi yang dihadapi oleh pesakit diabetis seperti penyakit buah pinggang, jantung dan kebutaan.

Kanser juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia ( 9.0 % daripada keseluruhan kematian ). Kanser payudara juga dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di negara ini. Kejadian beberapa penyakit kronik berhubung rapat dengan gaya hidup yang tidak aktif.
Kajian senaman yang dijalankan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6 % daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam ( bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu ). Manakala 69.1 % tidak mengamalkan senaman dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu. Golongan yang didapati amat kurang bersenam ialah wanita, pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan mereka yang meningkat tua.

MENCEGAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN CARA HIDUP
Elakkan daripada mengamalkan cara hidup sedentari. Cara hidup sedentari akan meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.
Cara hidup sedentari merangkumi :
· Gaya hidup yang tidak aktif.
· Tidak mengamalkan senaman dengan tetap.
· Banyak menghabiskan masa tanpa pergerakan yang secukupnya.
· Pekerjaan seharian yang tidak banyak menggunakan tenaga atau keringat

Mukaddimah ; MENGAPA IBU MENANGIS

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis ?" Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat."Nak, kamu memang tidak akan mengerti......" Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis ?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.


Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis..


Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......


Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa. Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan..


Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ? Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi. Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya......

Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata! Inilah airmata kehidupan.


Renungkan bagaimana kita membalas jasa ibu kita Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
>Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.
>Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon Kita membalasbudinya dengan menconteng dinding dirumah.
>Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
>Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"
>Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.
>Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.
>Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.
>Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan..Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".
>Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.
>Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
>Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan.
>Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend atau girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Ibu ni kepohlah!!"
>Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kitamembalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"
>Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.
>Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu.
>Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalifon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

>Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalifon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata," saya sibuk!!!!"

>Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.


Dan kemudian...,pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Cuba kita renung dan fikir-fikirkan......